Followers

29 Mac 2010

Saya Mestilah Islam di Sudut Akidah (part 2)

6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan
dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun
demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan
dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula
tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam
batasan keizinan dan kehendakNya.
Firman Allah s.w.t:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya
(untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang
membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang
menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman
dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat).
(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)
Dan firman Allah s.w.t;
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakannya.
(Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).

7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undangundang
itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali
manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan
ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan
hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan.
Firman Allah s.w.t:
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua
perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya
terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah
Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk
kembali (dalam segala keadaan).
(Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah
yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus.
Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal)
dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
9. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah,
bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati
perintah Rasulullah s.a.w:
"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu
memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan
sebenarnya."
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-
Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)

10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat
suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan
ketuhana(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quran
membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa' (kekal), sifat qadim (sedia
ada), sifat Ia berlainan dengan segala makhluk, tidak mempunyai
anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga menemui ayat-ayat
yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya
dari segala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada
kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang
menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifat-sifatNya dan
perbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya
ke atas sesuatu. Kita temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah
Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup
yang penuh dengan kesempurnaan.
Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masih banyak lagi ayat-ayat
yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yang
tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang
hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah dapat
membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya
sendiri.

to be continue..

27 Mac 2010

Saya Mestilah Islam di Sudut Akidah (part 1)

Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat
pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan
Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa
yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah
s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang
Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam
penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan
mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih
dalam urusan agama.
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya
mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:


1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan
yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak
memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian
alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan,
saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain.
Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan
sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi
lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t:
َ"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari
apa yang mereka sifatkan."
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)


2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah
mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.
Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil
seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan
sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah
s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:
َ"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh
alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang
mempunyai Arasy yang mulia."
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)


3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan
Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan
mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat
kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka
akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan
Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah
kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang
berkekalan. Firman Allah s.w.t:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat
seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang
menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan
ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di
bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang
mendustakan Rasul-rasulnya."
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)


4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah
mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri
menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan
mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali
menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak
menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah
Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah
sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha
Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)


5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat
kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi
derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
َ"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka."
(Surah Al-Syura 42: Ayat 7)

~nantikan sambungannya~

Perdana's Group

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah Perdana telah menubuhkan group ^Perdana^ melalui aplikasi Facebook..
Diharap agar anak-anak Qlate menjadi salah seorang ahli group tersebut & mendapat faedah dari kemudahan tersebut..
^Wallahu'alam^

26 Mac 2010

Carta Organisasi Perdana Sesi 10/11

PRESIDEN
Mohd Hanif bin Mat Zin

NAIB PRESIDEN
Siti Najihah binti Abdul Basir

SETIAUSAHA
Muhammad Adli bin Abdullah

NAIB SETIUSAHA
Syarifah Nur Aqilah binti Sayed Alwi

BENDAHARI
Mohd Fitra bin Mohd Fauzi

NAIB BENDAHARI
Nur Hidayah binti Mohd Basri

BIRO EKONOMI
Nik Muhamad Hazwan bin Rahimi (K)
Hasnida Farhani binti Muhd Fani

BIRO PERHUBUNGAN
Ahmad Farid bin Harun @ Dollah (K)
Noor Haffizah binti Mohd Isa

BIRO HAL EHWAL SEKOLAH
Muhamad Fakhri bin Kamarul Zaman (K)
Razanah binti Rawi

BIRO KEBAJIKAN
Ahmad Syahir bin Zulkipli (K)
'Ainu Mardiah binti Mohd Razally

BIRO PENERBITAN
Mohd Norfirdaus bin Johari (K)
Mudrikah binti Ibrahim

23 Mac 2010

^INSYAALAH^

Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Perdana 09/10 yang telah bertungkus-lumus memimpin Perdana walaupun banyak kerja-kerja lain yang perlu diberi tumpuan.
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Al-Insyirah : 5-6)

Saya wakil Perdana 10/11 amat kagum dengan usaha-usaha badan pimpinan Perdana 09/10 yang berusaha untuk memastikan anak-anak Qlate terpimpin semasa berada di perantauan.

InsyaAllah, kami, badan pimpinan 10/11 akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyambung perjuangan badan pimpinan 09/10. InsyaAllah..



Kami amat berharap agar badan pimpinan Perdana 09/10 dapat memberi tunjuk ajar kepada kami. Segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dai diri kami sendiri.

Semoga Allah memberkati usaha murni ini.

Wassalam..

16 Mac 2010

kato2x ambo...

"dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

assalamualaikum....

tak dop gapo nok kongsi...cumonyo nok ucapkan terimo kasih banyok2x ko semo la....pimpinan PERDANA hok lamo ngan hok baru...moga2x berpisoh kito kali ni(meta),akan dipertemukan pulok...tok kiro la...didunio ko...tapi gak kalu meme tak dop jodoh doh kito didunio...moga2x bertemu balik disyurga...samo2x lah kito doakan....
kalu tengok post atah gak...kato2x hok dipetik dr fasbuk...dari bekas amirah perdana ,cik aa...

gapo2x pon...mitok maafla kalo ado silap saloh selamo sy monitor blog perdana...moga2x adik2x hok amik alih nanti akan wat dengan lebih baik lah.......

erm...tak dih duk tengok2x blog ore lain...jupo so post ni...
samo2x kito hayati meta...baco bendo ni tok lamo pon...kalu berminat nok tengok blog ustaz ni klik sinih..




Renungan Buat Semua Insan Yang Dahagakan Keinsafan:

Ketika mana kamu dilahirkan maka kamu diazan tanpa sembahyang.
Ketika mana kamu mati maka kamu disembahyangkan tanpa azan.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapakah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Ketika mana kamu mati kamu tidak tahu siapakah yang membawa kamu di atas bahunya untuk dibawa ke kubur.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu dimandikan dan dibersihkan.
Ketika mana kamu mati kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika mana kamu dilahirkan ibu bapa dan keluarga gembira dengan kehadiranmu.
Ketika mana kamu mati ibu bapa dan keluarga berduka dengan pemergianmu.

Ketika mana kamu dijadikan maka kamu dijadikan daripada tanah.
Ketika mana kamu mati maka kamu masuk kubur yang juga daripada tanah.

Ketika mana kamu berada di dalam perut ibumu kamu berada dalam keadaan sempit dan gelap.
Ketika mana kamu berada di dalam kubur kamu juga berada dalam keadaan sempit dan gelap.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu ditutupi dengan kain kapas (lampin).
Ketika mana kamu mati maka kamu juga ditutupi dengan kain kapas ( Kafan )

Ketika mana kamu dilahirkan ramai yang bertanya tentang kecantikan dan kebaikan kamu.
Ketika mana kamu mati maka Allah bertanyakan kamu tentang amalan solehmu.

kata-kata

sepatah dua kata daripada bekas amirah perdana..CIK AA

PERDANA FIRSTT!!! =) ana dengan rasa rendah dirinya ingin menzahirkan rasa terima kasih yang xterhingga n xterkata nya kepada barisan pimpinan PERDANA 09/10.. terima kasih...terima kasih...terima kasih... terima kasih kerana cuba memahami kesibukan diri ini... terima ka...sih kerana menerima kelemahan diri ini... terima kasih atas bantuan2 yang diberi... terima kasih atas segala2nya... ana amat2 menghargainya...=) minta maaf juga atas segala kesilapan dan kekurangan.. sesungguhnya kelebihan dan kekurangan itu kedua2 nya datang dari Allah.. redalah terhadap keduanya.. Kepada yang akan ke Gombak, jom kita sama2 memeriahkan kampus Gombak... Kepada yang akan ke Kuantan.. moga2 kalian xlupakan kami di sini.. Ukhuwwah yang terjalin walaupun sementara ini begitu terkesan di hati ini.. Moga2 Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita semua... InsyaALLAH.. (n_n)'' Kepada anak2 kelantan di cfs, teruskan sokongan anda kepada society sek2 kito..PERDANA.. semoga semuanya berjaya di dunia dan akhirat..AMIN..

14 Mac 2010

cuti dah nak habis....

"dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

apa khabar semua.....cuti dah nak habis....mungkin ada diantara kita yang sudah ke Uia....
kenapa lama tak update blog???maaflah....tipulah kalau kata tak ada masa...sedangkan ni masa cuti....sebenarnya baru tahu bahawa blog ini masih dibawah pengawasan pimpinan perdana yang lama.......macammana dengan result....rasanya semua dah tengok result masing2x...mungkin ada yang menaik...dan mungkin ada yang menurun...pastikan tengok tau...sebab manusia ada buat silap...komputer pon ada buat silap...mana la tau kan...kot2x...kita datang exam...tapi dalam slip die kata kita tak datang...sebarang kemungkinan tidak mustahil...so kene la alert ye....

cuti kali ni...kita berpeluang bercuti bersama2x adik2x yang masih bersekolah...kebetulan cuti sekolah kan...kartun pon banyak kat tv..kenduri...ehem2x...bekwoh...sudah tentunya banyak la....apapon aktiviti kita....pilihlah yang bermanfaat...



Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

Orang kampung merantau jauh
Mencari ilmu di kota
Orang kampung merantau jauh
Mencari rezki di kota

Asal ada kemahuan
Semua jadi kenyataan

Cukuplah sampai di sini
Lain kali cerita lagi
Doa restu untuk kita
Panjang umur kita berjumpa



yang pentingnya...kita merantau jauh...untuk mencari ilmu demi keredhaan Allah...insyaAllah...
so,masa cuti ni la kita nak bertanya khabar saudara mara kita...jiran tetangga kita....manfaatkan cuti kali ini sepenuhnya.....

oohhh...lupa pula...kalau ada diantara kita yang mempunyai sebarang persoalan mengenai add n drop untuk short sem ni...boleh la rujuk kepada iium portal...untuk kemudahan semua...sila klik disini...

kepada student second year MEDIC,DENTISTRY,NURSING...all the best ...yang duk berdebar menunggu panggilan dari Uia....kalau ada rezeki ada la tu...kalau tak de...jangan risau...tak de rezeki kat sini...tidak bermakna kita perlu berputus asa...mungkin sudah tertulis...dan sesuatu yang terbaik untuk kita menunggu...jangan putus asa dengan rahmat Allah....apapun banyakkan berdoala ye....

kepada adik2x....teruskan usaha anda untuk menjadi yang terbaik.....

rindu tiba2x kat uia ni...saya selitkan beberapa photo untuk dikongsi bersama....(sorryla ye..ayat tunggang terbalik)








itu saja buat kali ni...kalau ada silap dan salah...harap dimaafi

05 Mac 2010

Masalah komputer?jangan panik....

Assalamualaikum buat saudara ku sekalian...
Kali ini saya nank memebincangkan tentang masalah yang sering kali dihadapi oleh hampir kebanyakan pelajar-pelajar bila memiliki komputer.Perkara pertama yang perlu anda ketahui apabila komputer menghadapi masalah ialah "Jangan Panik".Setiap manusia dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T pelbagai sifat samaada baik atau buruk,tetapi salah satu sifat yang perlu kita ketahui yang ada dalam diri kita adalah "sifat ingin tahu".Kadang-kadang ia menjadi benda baik dan sebaliknya.Jadi,apa yang saya nak tekankan disini ialah seseorang mesti ada sifat ingin tahu terhadap benda yang mereka miliki termasuklah komputer.Jadi,kepada mereka yang baru atau memiliki komputer,anda digalakkan menerokai dan memahami asas-asas yang perlu kita ketahui,sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita bila komputer menghadapi.
Bila komputer menghadapi masalah anda janganlah cepat panik dan mula mencari penyelesaian sendiri tanpa mengetahui sebab-sebab yang memyebabkan kerosakan tersebut.

Pertama sekali kita perlu menyiasat dari mana datangnya masalah tersebut.Jika kerosakan tidak melibatkan masalah Windows atau Boot(komputer boleh dihidupkan dan skrin terpapar),anda boleh cuba dengan menyiasat dengan membuat imbasan menerusi alatan yang tersedia dalam Windows.


Run a Diagnostic Report
  1. Open the command prompt by clicking the Start button, All Programs, Accessories, and then Command Prompt.
  2. Type perfmon /report in the command prompt and then press Enter.
  3. Your computer will monitor itself and collect diagnostic information for 60 seconds.
Hint: If a problem only occurs when you do something, do that “something” while it’s collecting data so that it shows up in the report.
  1. Once it’s done collecting diagnostic information it’ll write up a report like the one shown below.
Reading a Diagnostic Report
The diagnostics report will show any obvious hardware or software problems on your computer. If any problems are found they’ll show up in the Warnings section. It’s up to you to get the problem fixed though.
You can drill down into the report to look at all the details by clicking CPU, for instance, and then click Process to see what processes or programs were taking up the most CPU time during the test.
If the diagnostic test comes back with no problems it doesn’t mean there’s nothing wrong with your computer. The diagnostics test will only find obvious problems. You might have to get a computer technician to look at you computer and figure out what’s going on.
>>>>>Biasanya pelajar perempuan mudah berasa panik apabila komputer mereka menghadapi masalah berbanding pelajar lelaki,tanpa teragak-agak mereka terus membawa komputer mereka ke kedai walaupun masalah yang dihadapi adalah kecil dansanggup melaburkan wang dengan banyak dan tidak setimpal, sedangkan mereka boleh menyelesaikannya sendiri.
Jadi nasihat saya kepada saudara dan saudari sekalian,jangan mudah panik dan kalau boleh cuba untuk bertenang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaian dan pada masa yang sama kita mencari penyelesaian yang sesuai dan berbaloi.








List of Useful freeware part 1

If you use Windows, then you know and love the Windows registry! CCleaner may be the most popular system maintenance tool

Ever accidentally delete a file that you really needed? You can try a program called Pandora Recovery to file recovery or Recuva, a useful for file recovery app.

Let’s talk media players! We’ve all heard of VLC Player and Window Media Player, but what about KM Player and Gom Player.