Followers

25 Oktober 2009

hikmah bersujud????

~Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

~Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

~Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya

~Bernafas ketika sujud pula boleh:

~membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya,

~membetulkan pundi peranakan yang jatuh,

~melegakan sakit hernia (burut),

~mengurangkan sakit senggugut ketika haid,

~melegakan paru-paru daripada ketegangan,

~mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa,

~menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta pinggul ketika akan sujud dan bangun daripada sujud, (pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik),

~bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan payu daranya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit payu dara,

~meringankan bahagian pelvis,

~memberi dorongan supaya mudah tidur,

~mengurangkan kegemukan,

~organ terpenting iaitu otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen,

~mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya,

~merehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh,

~pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut,

~Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

~Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

~Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

“ Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya ”

“ Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu, maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan ”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan