Followers
31 Disember 2009
Tahun baru.......2010
alhamdulillah.....kita masih lagi berpeluang untuk terus bernafas didunia ini.....kalu kita berada di Malaysia,pada detik dan ketika ini....kita sudah masuk ke tahun baru iaitu tahun 2010...
semoga kita kekal berjalan dijalan yang diredhai Allah.....walau hebat,walau dengan penuh megah,walau penuh perit....hadapilah dengan tabah....sesungguhnya kepada Allah jualah tempat kita kembali...
Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.
Wahai Tuhan kami,kepada Engkau kami berserah dan kepada Engkau kami mohon keampunan dan kepada Engkau kami akan kembali
Wahai Tuhan kami,berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka..
Ya Allah,kami mohon kepadaMu keselamatan agama,kesihatan jasmani,bertambah ilmu dan berkat rezeki.Mendapat bertaubat sebelum mati,mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati.Ya Allah,mudahkanlah kami pada gelombang sakaratulmaun,dan lepaskanlah kami dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab
Ya Allah,sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMu,dengan ilmuMu,aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.aku meminta dariMu dari kelebihanMu yang banyak,maka sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa,Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara yang ghaib.Ya Allah,jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk ku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untuk ku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang ,maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya,tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa diatas segalanya.......
ada yang menyambut tahun baru dengan kawan2x...ada yang menonton konsert(insyaAllah tiada golongan ini diantara kita),ada yang pergi tengok firework....apa2xpon cara kita,ingatlah...niat takkan sesekali menghalalkan cara....
semoga tahun baru ini lebih bermakna....sedarkah kita,hari2x yang berlalu menandakan masa kita hidup semakin ke penghujung..orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati....sambutlah tahun baru ini dengan solat hajat...semoga kita mendapat keberkatan hidup...semoga mati kita dalam penuh keimanan kepada Allah dan mati dengan penuh bermaruah...insyaAllah...kita hanya merancang dan Allah juga ada perancangan tersendiri...sedarlah...sehebat mana perancangan kita pon,Allah tetap sebaik2x Perancang....
20 Disember 2009
Kelebihan Bulan Muharram
Assalamualaikum wrh wbht
MUHARRAM is the first month of the Islmc, Hijrah calendar. It is one of the four sanctified months about which Allah Ta'ala says, 'The number of months in the sight of Allah are twelve (in a year) - So ordained by Him the day He created the heavens and the earth; Of them four are sacred: That is the right religion. So wrong not yourselves therein.' (Surah Taubah).
The four months, according to authentic Ahaadith, are the months of Zul-Qa`dah, Zul Hijjah, Muharram and Rajab. The sanctity of these four months was observed in the Shari'ah of all the Ambiyaa (AS).
'Allah Ta'ala made them (i.e. the four months) sacred and increased their sanctity. Hence declared a sin therein more severe and increased the virtue of good deeds and (also) the reward thereof.' (Ibn Katheer).
THE MONTH OF MUHARRAM
The best of fasts besides the month of Ramadhaan is the fast during Allah's month of Muharram and the best of Salaats besides the Fardh (obligatory Salaat) is the Tahajjud Salaah (performed after midnight). (Sahih Muslm).
THE DAY OF AASHURA (10th OF MUHARRAM)
The tenth of Muharram, known as the day of Aashura, is a very significant day in the Islmc calendar. Nabi (SA) has exhorted the Ummah to fast on this day. Hadhrat Aaisha (RA) reports that Nabi (SAW) ordered the observance of the fast of Aashura. However, when the fast of Ramadhaan became compulsory, Nabi (SAW) left the fast of Aashura (i.e. the compulsion). Thereafter, whosoever desired kept this fast and whosoever desired, (not to keep it) did not observe this fast'. (Sahih Bukhari, Vol 1).
Hadhrat Ibn Abbaas (RA) says, 'I did not see Rasulullah (SAW) anxiously await the fast of any day, which he gave preference to over other days, but this day (of Aashura) and the month of Ramadhaan (Sahih Bukhaari, Vol. 1).
VIRTUE OF THE FAST OF AASHURA
With regard to the blessing of this fast, Nabi (SAW) was asked regarding it's virtue. He answered, 'It is a compansation for the sins of the past year.' i.e. the sins of one year that has just gone by will be forgiven. (Sahih Muslim, Vol. 1). Note: Only minor sins are forgiven. For the forgiveness of major sins, Towbah is a prerequisite.
THE FAST OF AASHURA
Hadhrat Ibn Abbaas (RA) narrates that when Nabi (SAW) came to Madinah and found the Je-ws fasting on the day of Aashura, he inquired, 'What is the significance of this day on which you fast?' They replied, 'This is the day Allah saved Nabi Moosa (AS) and his followers and drowned Fir'oun and his army, thus Moosa (AS) fasted on this day as a token of thanksgiving. Therefore we too fast on this day.' (Sahih Muslim, Vol 1). Rasulullah (SAW) said, 'We are more worthy of Moosa (AS) and nearer to him that you.' Thereafter, he fasted on this day and ordered the Sahaabah to fast on this day. (Sahih Mslm, Vol. 1)
Rasulullah (SAW) is reported to have said, 'Observe the fast of Aashura and oppose (the way of) the Jews. Fast a day before it (also) or a day after it.' (Baihaqi, Vol 4)
Hence, one should fast for two days: Either the 9th and 10th or the 10th and 11th. To fast only on the 10th of Muharram is MAKROOH (reprehensible) and bears semblance to the Je-ws.
#copied#
15 Disember 2009
7 Huruf Hijaiyyah dalam Surah Al-Fatihah
Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).
Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho',Tha dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut.
Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayatsebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu :
a)14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah
b)7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah
c)7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.
Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).
Maksud fiman Allah: "Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"
Surah Faatir : ayat 32
*Artikel asal :
http://asshafiee.blogspot.com/2009/09/7-huruf-hijaiyyah-tiada-dalam-surah-al.html
http://hotpowers.blogspot.com/2009/09/7-huruf-tiada-dalam-al-fatihah.html
23 November 2009
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnyaitu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.
SIAPAKAH....
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas
junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan
tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan
harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan
akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua
ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada
orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan
akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
30 Oktober 2009
Bila AlQuran mula bersuara....
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
25 Oktober 2009
hikmah bersujud????
~Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.
~Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
~Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
~Bernafas ketika sujud pula boleh:
~membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya,
~membetulkan pundi peranakan yang jatuh,
~melegakan sakit hernia (burut),
~mengurangkan sakit senggugut ketika haid,
~melegakan paru-paru daripada ketegangan,
~mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa,
~menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta pinggul ketika akan sujud dan bangun daripada sujud, (pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik),
~bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan payu daranya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit payu dara,
~meringankan bahagian pelvis,
~memberi dorongan supaya mudah tidur,
~mengurangkan kegemukan,
~organ terpenting iaitu otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen,
~mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya,
~merehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh,
~pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut,
~Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
~Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
~Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna
“ Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya ”
“ Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu, maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan ”
sem baru
sampai disaat ini...alhamdulillah....kita masih lagi diberi peluang untuk terus beribadat di muka bumi Allah......
Sekelian jin dan manusia diciptakan hanya dengan satu tujuan, iaitu menuju satu hala kepada pengabdian diri kepada Pencipta, Tuhan yang Maha Kaya, pemilik sekelian alam ini. "Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tiada mengkehendaki rezeki dari mereka dan tidak pula Aku kehendaki, supaya mereka memberi makanKu. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang kukuh" Adz Dzariyaat : 56 - 57.
rasanya masih belum terlambat buat kami,warga Perdana untuk mengucapkan selamat menempuh sem baru ni...diharapkan semua sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan....tidak lain tidak bukan...semata-mata kerana Allah....
01 Oktober 2009
biLA AZAN BERKUMANDANG
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI
KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
CAHAYA AYAT KURSI
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
DOSA MENGUMPAT
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti
memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah
S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu
mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat
Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum
itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan
kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.
SIAPAKAH YAng Rugi.....
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.