Si suami yang sedang memandu kemudian menoleh melihat jam tangannya dan berkata, "Boleh kerana kita punya waktu lagi." Si suami kemudian memberhentikan kereta di seberang jalan dan sama-sama mengamati keindahan dan kecantikan 'roundabout' tersebut bersama isterinya.
Rupa-rupanya, bukan mereka sahaja yang berhenti untuk mengamati kecantikan 'roundabout' tersebut. Berduyung-duyung lagi manusia lain yang turut memberhentikan kenderaan mereka di seberang jalan dan menikmati keindahan dan kecantikan 'roundabout' tersebut.
Oleh kerana terlalu asyik melihat dan mengamati keindahan 'roundabout' tersebut, semua manusia hampir terlupa bahawa hari sudah gelap. Mereka dikejutkan dengan laungan azan Maghrib dari masjid yang berdekatan. Tiba-tiba si isteri tadi bertanya kepada suaminya, "Abang, kita mahu ke mana sebenarnya?" Si suami terkedu seketika.
Begitulah hakikat kehidupan kita di dunia. Penciptaan kita di dunia bukan untuk sia-sia. Allah SWT mencipta kita dengan tujuan.
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
[az-Zaariyaat:56]
Tetapi, kita terleka, tersasar dari tujuan hidup kita kerana keindahan dunia yang kita cipta menggunakan tangan kita sendiri. Sehingga kita terlupa bahawa matlamat kita adalah akhirat. Sehingga kita tersilap mengemudi hidup kita.
Kita banyak menyia-nyiakan waktu yang Allah berikan kepada kita kerana terlalu leka dengan 'syurga' dunia. Keindahan dunia telah menutup pintu hati kita dari mencapai matlamat penciptaan kita yang sebenar.
Dunia itu dekat. Bukan sahaja dekat di mata kita, tetapi juga dekat di hati kita. Dan akhirat itu jauh. Bukan sahaja jauh di mata, tetapi juga jauh di hati kita. Tanpa kita sedari, kita telah meletakkan dunia dalam hati kita dan kita terlupa bahwa wujudnya akhirat yang abadi.
Semoga hidayah Allah sentiasa mengiringi setiap detik perjalanan hidup kita. Dan semoga kita mampu mengemudi hidup kita dengan betul menuju ke destinasi yang tepat. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan