Followers

25 Januari 2011

beri mereka peluang

assalamualaikum wbt. salam ceria dari saf pimpinan perdana 09/10. setelah sekian lama blog perdana bersawang, alhamdulillah, Allah membuka peluang kepada ana untuk terus meng'update' blog ini. menyajikan ahli2 perdana dengan sedikit perkongsian untuk renungan bersama :)


setelah hampir setahun berkhidmat untuk perdana, saf pimpinan 09/10 bakal menamatkan pimpinan dalam masa terdekat. sudah pasti calon2 pengganti telah dipilih setelah di'shortlisted'kan.


tidak banyak yang mahu ana perkatakan. tapi sekadar satu renungan supaya kita boleh membuka mata, melihat bahawa gelas itu separuh berisi dan bukannya separuh kosong.


manusia dilahirkan bukan sebagai manusia sempurna. pasti setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan sama ada yang zahir ataupun yang batin.


yang penting, kita harus memberi mereka peluang. beri mereka peluang untuk memperbaiki kekhilafan lampau yang mereka lakukan. kerana manusia itu bisa ditarbiyah hatinya dan akhlaknya jika kena caranya.


sedangkan Rasulullah SAW sendiri berdakwah sepanjang masa, kata-kata baginda adalah penyejuk hati, tingkah laku baginda itu qudwah hasanah, jadi mengapa perlu kita memperkecilkan skop dakwah itu sendiri?


dakwah itu bukan usrah semata-mata. tetapi dakwah itu setiap masa, setiap detik bagi mereka yang mampu berfikir dengan lebih terbuka.


kesal dengan segelintir masyarakat yang sengaja memperkecilkan skop dakwah itu sendiri. mampu bersuara lantang ketika usrah, menyebarkan ilmu kepada anak-anak usrah, menyuruh mereka menjadi baik. tetapi apa gunanya andai kita tidak berkelakuan sepertimana yang dikata?


wujud dalam diri segelintir dari mereka perasaan anti-usrah. mengapa? kerana ibu atau bapa usrahnya tidak berkelakuan seperti yang dikata. letakkan salah itu pada diri kita dan bukannya pada diri mereka yang masih tidak mengenal islam dengan sebenar-benarnya. mudah bagi kita untuk menuding jari pada mereka, tapi adakah kita berusaha dengan baik untuk mengajak mereka bersama kita dalam majlis ilmu?


untuk ibu atau bapa usrah yang mampu mentarbiyah anak-anak usrah, ambillah masa untuk mentarbiyah diri sendiri. adakah akhlak kita menggambarkan bahawa kita itu seorang ketua usrah yang baik dan mampu menjadi contoh teladan yang baik buat anak-anak?


perluaskan skop dakwah itu. andai tidak mampu mengajak mereka menyertai usrah atau aktiviti keagamaan, ajaklah mereka untuk duduk berbual bersama kita tentang masalah dan hidup mereka. pujuklah hati mereka untuk menerima hakikat bahawa islam itu indah dan Allah mencintai keindahan.


beri mereka peluang untuk berubah. tidak semestinya jika mereka pernah melakukan khilaf, mereka akan terus-menerus melakukannya. kerana hidayah itu milik Allah. berdoalah supaya mereka diberi hidayah.


beri mereka peluang untuk bergaul dengan orang-orang yang soleh. beri mereka peluang untuk kenal islam dengan lebih dekat. beri mereka peluang untuk menjadi antara umat Muhammad yang baik.


yang penting adalah jangan memandang rendah pada mereka. siapa tahu penghujung mereka adalah husnul khatimah dan kita pula su'ul khatimah? berkali-kali, ingatlah bahawa hidayah itu milik Allah.


beri mereke peluang dan tunjuk ajar. insyaAllah mereka mampu berubah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan