Followers

27 Januari 2011

ujian keimanan

Assalamualaikum wbt :) 


Sekadar ingin berkongsi sedikit lagi renungan. Untuk kita fikirkan sama-sama. Berfikir dan termenung sejenak & memuhasabah diri.


Pandang anggota tubuh badan kita. Cukup. Sempurna. Alhamdulillah.


Pandang hidup kita. Dapat elaun, boleh makan, tak kebulur. Alhamdulillah.


Pandang pelajaran kita. Kita pelajar UIA. Alhamdulillah.


Pandang ahli keluarga kita. Mereka adalah di kalangan orang-orang yang taat perintah Allah. Alhamdulillah.


Pandang siapa sahabat kita. Mereka adalah remaja matang yang mengenali Allah. Alhamdulillah.


Diujikah kita?


Apabila Allah mengutuskan mereka yang bermasalah kepada kita, kita lari dari mereka. Kita mencemuh mereka. Kita kata, mereka punya sifat yang bukan dari ajaran Allah dan rasulNya.


Siapa kita di sisi Allah SWT? Mereka yang dijamin syurgakah? Untuk sewenang-wenangnya kita berkata demikian?


Kita mengaku kita beriman. Kita mengaku kita umat Muhammad yang cintakan baginda. Kita mengaku kita hamba Allah yang taat. Kita mengaku kita manusia yang ditarbiyah.


Tetapi wajarkah kita berkata demikian, jika mulut kita masih mencemuh mereka yang kurang ditarbiyah itu? Wajarkah kita mengaku cintakan Muhammad jika kita tidak menjadikan baginda role-model kita dalam segenap aspek?


Tepuk dada, tanya iman.


Memang jika kita bertanya pada hati, hati akan berkata, "Oh, kamu tepat. Si polan ini ada sikap tak baik. Jauhi dia. Dia seburuk-buruk manusia. Jangan jadikan dia teman."


Siapa yang paling gembira, ketawa terbahak-bahak di saat hati berkata demikian?


Tepuk dada, tanya iman.


Dunia lebih adil andai hati kita berbisik, "Oh, kasihan sama si polan. Aku mesti dekati dia. Aku mesti berusaha untuk mentarbiyah dia. Dia bersikap demikian hanya kerana kurang tarbiyah. Aku yang ditarbiyah dengan sebenar-benar tarbiyah inilah yang harus mendekati dan mentarbiyah dia. Semoga Allah membuka pintu hati dia untuk mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya."


Dan pada detik ini, syaitan membantah, mengerutkan dahi tanda kalah pada iman seorang umat Muhammad SAW yang ditarbiyah dengan baik.

25 Januari 2011

beri mereka peluang

assalamualaikum wbt. salam ceria dari saf pimpinan perdana 09/10. setelah sekian lama blog perdana bersawang, alhamdulillah, Allah membuka peluang kepada ana untuk terus meng'update' blog ini. menyajikan ahli2 perdana dengan sedikit perkongsian untuk renungan bersama :)


setelah hampir setahun berkhidmat untuk perdana, saf pimpinan 09/10 bakal menamatkan pimpinan dalam masa terdekat. sudah pasti calon2 pengganti telah dipilih setelah di'shortlisted'kan.


tidak banyak yang mahu ana perkatakan. tapi sekadar satu renungan supaya kita boleh membuka mata, melihat bahawa gelas itu separuh berisi dan bukannya separuh kosong.


manusia dilahirkan bukan sebagai manusia sempurna. pasti setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan sama ada yang zahir ataupun yang batin.


yang penting, kita harus memberi mereka peluang. beri mereka peluang untuk memperbaiki kekhilafan lampau yang mereka lakukan. kerana manusia itu bisa ditarbiyah hatinya dan akhlaknya jika kena caranya.


sedangkan Rasulullah SAW sendiri berdakwah sepanjang masa, kata-kata baginda adalah penyejuk hati, tingkah laku baginda itu qudwah hasanah, jadi mengapa perlu kita memperkecilkan skop dakwah itu sendiri?


dakwah itu bukan usrah semata-mata. tetapi dakwah itu setiap masa, setiap detik bagi mereka yang mampu berfikir dengan lebih terbuka.


kesal dengan segelintir masyarakat yang sengaja memperkecilkan skop dakwah itu sendiri. mampu bersuara lantang ketika usrah, menyebarkan ilmu kepada anak-anak usrah, menyuruh mereka menjadi baik. tetapi apa gunanya andai kita tidak berkelakuan sepertimana yang dikata?


wujud dalam diri segelintir dari mereka perasaan anti-usrah. mengapa? kerana ibu atau bapa usrahnya tidak berkelakuan seperti yang dikata. letakkan salah itu pada diri kita dan bukannya pada diri mereka yang masih tidak mengenal islam dengan sebenar-benarnya. mudah bagi kita untuk menuding jari pada mereka, tapi adakah kita berusaha dengan baik untuk mengajak mereka bersama kita dalam majlis ilmu?


untuk ibu atau bapa usrah yang mampu mentarbiyah anak-anak usrah, ambillah masa untuk mentarbiyah diri sendiri. adakah akhlak kita menggambarkan bahawa kita itu seorang ketua usrah yang baik dan mampu menjadi contoh teladan yang baik buat anak-anak?


perluaskan skop dakwah itu. andai tidak mampu mengajak mereka menyertai usrah atau aktiviti keagamaan, ajaklah mereka untuk duduk berbual bersama kita tentang masalah dan hidup mereka. pujuklah hati mereka untuk menerima hakikat bahawa islam itu indah dan Allah mencintai keindahan.


beri mereka peluang untuk berubah. tidak semestinya jika mereka pernah melakukan khilaf, mereka akan terus-menerus melakukannya. kerana hidayah itu milik Allah. berdoalah supaya mereka diberi hidayah.


beri mereka peluang untuk bergaul dengan orang-orang yang soleh. beri mereka peluang untuk kenal islam dengan lebih dekat. beri mereka peluang untuk menjadi antara umat Muhammad yang baik.


yang penting adalah jangan memandang rendah pada mereka. siapa tahu penghujung mereka adalah husnul khatimah dan kita pula su'ul khatimah? berkali-kali, ingatlah bahawa hidayah itu milik Allah.


beri mereke peluang dan tunjuk ajar. insyaAllah mereka mampu berubah :)