Assalamualaikum w.b.t..
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam diutuskan kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah.
Setelah sekie lamo ambo x update blog ni, akhirnya Allah bui lagi kesempate pado ambo untuk terus update blog ni, alhamdulillah. Apo kaba ore kapung kito? Mudoh2he semo sihat2 la blako, insyaAllah. Sahabat2 kito ni buat gapo gak eh cuti2 ni? Mudah2an cuti beberapo minggu hok UIA bui ni kito manfaatkanlah deh, insyaAllah. Tak saba nok balik UIA smula ni, mugo ambo ni cuti dekat 3bule doh.
Post kali ni ambo nk kongsi 1 kisah pendek tapi pengajarannya cukup hebat buat kito student serupo kito ni. Alkisah..
Ada seseorang berkata kepada al-Imam Ahmad bin Hambal, "Aku hendak pergi ke Mekah atas dasar tawakal tanpa membawa bekal."
Al-Imam Ahmad berkata, "Kalau begitu pergilah sendirian tanpa ikut rombongan."
"Tidak boleh. Aku ikut bersama mereka," jawab orang itu.
"Apakah dengan bergantung kepada bekal orang lain itu engkau juga menyebut tawakal?"
Kisah yang begitu ringkas tapi pada saya, kisah ini membawa pengajaran yang terbaik untuk pelajar2 seperti kita ni. Topik utama yang diutarakan dalam kisah tersebut adalah tawakal. Di mana ada seorang hamba Allah yang ingin menunaikan haji dengan tanpa membawa bekal tetapi ingin bergantung pada bekal orang lain.
Cuba kita aplikasikan kisah di atas dalam kehidupan seorang pelajar. Cuba perhatikan situasi di bawah.
"Exam dekat doh ni tapi xstudy lagi. Gano kiro ni?" kata si A.
Si B pun jawab, "Jange risau, kito tawakal lah. Si polan bin polan ni mesti study, kito copy jawape dio pade lah nanti exam ni."
Oke sahabat, bukankah 2 situasi di atas mempunyai persamaan yang sama iaitu dari segi konsep? Situasi kedua itulah yang sering terjadi dalam kalangan student.
Andai kita termasuk antara salah seorang hamba Allah yang mengamalkan konsep tawakal yang sedemikian, cepat2lah kita berubah. Kerana tawakal itu bukan hanya sekadar lafaz semata2. Tawakal itu sepatutnya disertai dengan usaha. Usaha kita semata2 tanpa mengharapkan orang lain kecuali pertolongan Allah. Bukankah itu lebih baik dan mulia jika dibandingkan dengan sikap bergantung harap pada usaha orang lain? Sesungguhnya Allah mencintai yang baik2 sahaja.
Allah anugerahkan kita masa 24jam sehari supaya kita dapat menyelesaikan tanggungjawab kita sebagai khalifahNya. InsyaAllah, kalau kita pandai menguruskan masa kita, kita takkan ketinggalan dalam study, kita takkan ketinggalan dalam usaha menuntut ilmu ukhrawi juga. Cuba kita perhatikan Surah Al-'Asr:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman & beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan sabar."
Mudah2an kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah daripada tipu muslihat iblis laknatullah kerana tawakal tanpa usaha juga antara tipu muslihat iblis terhadap anak Adam.
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan