Assalamualaikum wbt..
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ditujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.
Apa khabar anok2 qlate kito? Moga2 kito sentiasa sihat dengan izin Allah. InsyaAllah, kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang isu gemuk@obesiti ini. Al-maklumlah, mahasiswa@mahasiswi kini ramai yang mengalami masalah obesiti ni. Post kali ini juga sebagai memenuhi hajat salah seorang sahabat kita, katanya sedang mengalami kegemukan & memerlukan tips2 berguna. InsyaAllah, sama2 kita ambil pengajaran. Artikel ini saya petik dari sebuah buku agama yang bertajuk, 'Pesanan Penting Untuk Wanita : Jangan Terpedaya' karya Muhammad Rasyid Al-'Uwaid.
Lembaga Pusat Kesihatan Nasional di Amerika Syarikat telah menjangkakan bahawa jumlah orang2 yang menderita masalah kegemukan di Amerika sahaja mencapai 34 juta orang dan 20% dari mereka berat tubuhnya jauh melebihi ukuran ideal tinggi badannya.
Lembaga Pusat Kesihatan ini telah menegaskan pula dalam kajian kesihatan terkini yang diadakan bahawa 50% dari mereka yang terlibat oleh kajian ini mengemukakan keinginan mereka untuk mengurangkan berat tubuhnya.
Penelitian kesihatan yang telah diadakan selama debat yang lalu telah membuktikan adanya bahaya kegemukan terhadap kesihatan tubuh. Kegemukan dapat menyebabkan bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh, meninggikan tekanan darah, dan menyebabkan penyakit jantung pada sejumlah orang yang memiliki berat badan yang berlebihan.
Berdasarkan realiti ini Lembaga Pusat Kesihatan menyarankan kepada mereka yang memiliki berat tubuh berlebihan agar mengurangi berat badannya sekitar 20% agar kesihatan tubuh mereka dapat terpelihara secara menyeluruh.
Beberapa perusahaan ubat-ubatan Amerika yang turut serta dalam program kesihatan dan penghasilan bahan-bahan makanan khusus bagi mereka yang ingin mengurangkan berat tubuhnya, menjumpai program ini sebagai kesempatan untuk meraih keuntungan yang lebih banyak. Demikianlah kerana untuk melaksanakan program ini memerlukan dana yang besar sehingga anggaran yang dibelanjakan untuk program menurunkan berat badan saja mencapai lebih kurang lebih kurang 30 milion dolar setiap tahun.
Semuanya itu hanya yang diperlukan di Amerika saja. Apabila kita gabungkan keperluan pasaran dunia dengan ubat-ubatan ekstrak dan peralatan khusus yang dapat membantu pelaksanaan program memerangi penyakit kegemukan, tentulah anggarannya ratusan milion dolar.
Renungkanlah, wahai saudara muslimku, semuanya itu dan bayangkanlah dana sebanyak jutaan dolar tersebut yang dibelanjakan hanya untuk mengurangkan berat badan atau sebagai penyelesaian untuk menghentikan bertambahnya berat tubuh.
Seandainya, kita ikuti apa yang telah diajarkan kepada kita oleh Islam dan yang kita serukan kepada orang lain, tentulah kita kaum muslimin tidak akan memerlukan yang lainnya. mereka pun tentu tidak perlu lagi membelanjakan ratusan mlion dolar tersebut jika mengikuti ajaran Islam.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Al-A'raf : 31)
Diriwayatkan oleh Abu Karimah juga Al-Miqdad bin Maidikariba yang telah mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah sekali-kali manusia memenuhi sebuah wadah pun yang lebih buruk selain perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk membina tubuhnya. Jika ia haruslah mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga terakhir untuk nafasnya."
Rasulullah s.a.w. telah bersabda pula yang bermaksud:
"Sesungguhnya termasuk sikap berlebihan ialah bila kamu makan setiap kali kamu menginginkannya."
Apabila kita tambahkan pada panduan ini puasa Ramadhan, puasa sunnah setiap bulannya tiga hari, atau puasa Isnin dan Khamis setiap tujuh harinya, dan puasa hari lainnya yang disunnahkan, tentu kita akan menemui dalam Islam petua yang berkesan terhadap meningkatnya kadar lemak tubuh dan keselamatan yang hakiki dari kegemukan yang dirisaukan oleh orang ramai.
Dengan yang demikian, anda tidak memerlukan lagi berbagai jamu ekstrak yang mereka iklankan sebagai ubat untuk menurun berat badan, kerana jamu tersebut hanya akan menyulitkan anggaran perbelanjaan anda dan juga menyukarkan kesihatan anda kerana kesan sampingannya yang berbahaya.
Berikut ini dengarkanlah pernyataan yang dikemukan oleh doktor peribadi konglomerat Christina Onassis yang telah bersara dan mengawasi program diet khusus yang harus diikutinya untuk mengurangkan beberapa kilogram berat tubuhnya. Dia mengatakan dalam wawancaranya tentang kematian Christina bahawa sesugguhnya ubat-ubatan pencegah rasa lapar yang digunakannya mempunyai erbagai pengaruh negatif terhadap kesihatannya.
Doktor menambahkan bahawa Christina Onassis memang memiliki harta yang sangat banyak. Dia beranggapan bahawa dengan harta yang dimilikinya, ia dapat membeli segala sesuatu yang diinginkannya, bahkan sampai kelangsingan tubuhnya.
Menurut hemat saya, Christina mulai melakukan usaha membunuh dirinya ketika lemak mulai merasuki tubuhnya, tanpa ada seorang pun yang boleh mencegahnya dari kebiasaan yang dimahuinya. Dia adalah seorang wanita yang emosi, mudah gemuk, dan mudah kurus dalam waktu yang singkat. Ia menjalani kehidupannya menurut yang dikehendaki oleh nalurinya dan mengikuti program diet yang berat, adakalanya berselera untuk makan dan adakalanya menolaknya. Tiada suatu pun jamu melainkan dia telah mencuba dan memakannya, begitu juga berbagai macam ubat dan penenang serta lain-lainnya yang mengandungi racun. Barangkali hal inilah yang menjadi penyebab kematian atau barangkali dia mengorbankan hidupnya sebagai imbuhan meraih kelangsingan tubuhnya.
Sekarang ini, gaya hidup mengurangkan berat badan sangat popular dan tersebar dengan pesatnya, berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh Dr. Janet Bolivia, pakar Ilmu Psikologi dan Terapi Psikologi di Universiti Toronto Kanada. Sepanjang penelitian yang dilakukannya, dia menemui bahawa tiga perempat jumlah mahasiswi daripada berbagai jurusan ternyata melakukan diet untuk mengurangkan berat tubuh badan atau mengendalikannya.
Dr. Janet menambahkan bahawa sesungguhnya wanita akan mengalami kesusahan jika tidak berjaya merealisasikan tujuannya untukmenurunkan berat badan. Hal ini memberikan pengaruh negatif terhadap rasa keyakinan dirinya yang membuat dia memandang dirinya sebagai seorang yang gagal.
Kesusahan ini selain menimbulkan ketidakstabilan pada dirinya, sering sekali mempengaruhi hubungan kerjanya dan juga sikapnya dalam rumah serta mengurangkan kemampuannya dalam produktiviti.
Dr. Janet mengisyaratkan bahawa orang-orang risaukan tubuh badannya secara terus-menerus, adakalanya akan menyebabkan tidak teratur waktu makannya yang berkembang menjadi kebiasaan yang merugikan kesihatan, seperti berkurangnya selera makan. Hal ini merupakan penyakit yang mempunyai latar belakang psikologinya sendiri sebagai akibat dari perasaan bahawa diet biasa tidak mempunyai pengaruh dalam menurunkan berat badan.
Dr. Janet mengatakan bahawa sesungguhnya penyakit seperti ini adakalanya membahayakan dan dalam keadaan tertentu adakalanya boleh mematikan penghidupannya.
Dr. Neil Solomon, seorang ahli gizi terkenal dan penulis berbagai karya penulisan tentang diet, menyetujui pendapat ini. Selanjutnya, dia menambah bahawa trend diet yang melanda banyak orang pada masa sekarang benar2 mencemaskan. Hal ini demikian kerana sesungguhnya sikap ini adakalanya merugikan kesihatan tubuh dan dalam jangka waktu yang lama membahayakan jiwa.
'Wahai saudari muslimahku, di hadapan anda terdapat sejumlah penelitian yang menceritakan tentang bermacam bahaya yang ditimbulkan akibat diet, baik yang berkaitan dengan tubuh mahupun kejiwaan. Belum lagi bahaya senarai jamu yang berada di pasaran untuk mengurangkan berat badan, terlalu banyak untuk disebutkan semuanya di sini. Akan tetapi, hal yang lebih penting dari memakan jamu ialah adanya anggapan bahawa diet pada kebanyakannya tidak dapat merealisasikan tujuannya, kemudian meningkatkan pengaruhnya yang merosakkan psikologi dan menjerumuskan wanita yang berkenaan ke dalam masalah dan ilusi yang kedua2nya membahayakan.
Adapun penyelesaian puasa secara islami dan etika Islam dalam penggunaan makanan tidak memerlukan semuanya itu, bahkan memberikan jaminan kepada anda kesihatan dan kesejahteraan di samping kelapangan jiwa dan ketenangan fikiran yang bebas dari kecemasan. Demikian itu kerana saat berpuasa dan melaksanakan etika Islam dalam makan, wanita muslimah meyakini bahawa dalam hal ini dirinya mendapat pahala yang besar, sebab dia melakukannya tulus kerana mengharapkan pahala Allah.
Berikut ini 3 buah hadis yang menggembirakan orang yang berpuasa dan membuatkannya merasa puas dan tenang kerana mengandungi berita gembira syurga baginya.
"Bagi orang2 yang puasa ada 2 kegembiraan yang diperolehnya, iaitu apabila berbuka merasa gembira dengan makannya dan apabila bertemu dengan Tuhannya bergembira dengan (pahala) puasanya."
-Hadis Riwayat Bukhari-
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu khusus yang disebut ar-Rayyan. Kelak pada hari Kiamat orang2 yang ahli puasa masuk (ke dalam syurga) darinya, tiada seorangpun yang masuk selain mereka. Dikatakan : 'Di manakah orang2 yang ahli puasa?' Mereka pun bangkit (memasukinya), tiada seorangpun yang masuk darinya selain mereka. Apabila mereka telah masuk (ke dalam syurga), maka pintu itu ditutup, dan tidak diperkenankan bagi seorangpun masuk darinya."
-Hadis Riwayat Bukhari-
"Barangsiapa yang puasa sehari di jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh (perjalanan) 70 musim gugur (tahun)."
-Hadis Riwayat Bukhari-
Sesungguhnya kerisauan, ketegangan dan rasa terhalang merupakan sebahagian perasaan yang diakibatkan oleh diet mereka. Adapun rasa puas dan tenang serta mengharapkan pahala di sisi Allah merupakan sebahagian perasaan yang diakibatkan oleh puasa kita.