Assalamualaikum.........
Alhamdulillah kerana kita masih diberi nikmat untuk terus hidup.......
Minggu ni,kita akan berdepan dengan exam......ada juga yang bertungkus-lumus menyiapkan tutorial....ada juga yang struggle untuk kuiz minggu ni.....boleh dikatakan semua orang agak sibuk.....tapi....jangan lupa.....selepas berusaha bersungguh-sungguh....jangan lupa,berdoa kepada Allah.....moga-moga dapat keberkatan......bak kata orang...'Allah didn't promise that life would be easy,But He did promise to go with us...every step of our life with Him by our side.....so whatever put 100% trust in Allah.....
Minggu lepas,pihak perdana telah berjaya menganjurkan majlis iftar dan solat hajat beramai-ramai.....agak terkejut dengan kehadiran adik-adik yang begitu memberansangkan....senior pon ramai juga.....tapi masih tidak setanding dengan adik-adik junior.....nampaknya usaha pihak Pro& Pub tidak cukup maksimum.......padahal,tidak perlu ke majlis sebenarnya untuk solat hajat...kita mampu untuk melakukannya sendiri,tapi bergantung pada diri sendiri...hendak buat atau tidak.....Majlis dimulakan dengan iftar....kami memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan makanan untuk kali ini....kami cuma menyediakan minuman yang dibuat khas...kemudian majlis diteruskan dengan solat maghrib.....memandangkan kami hanya membuka dua kelas untuk solat,suasana agak sempit....so,terpaksa la beberapa orang mengalah dan menunggu jemaah pertama selesai.....untuk solat hajat,kami telah berbincang dan bersetuju untuk solat ditengah-tengah SMAWP...dengan angin sepoi-sepoi literature,agak syok solat kat SMWAP sebenarnya......majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai....bergema satu SMAWP......tapi tak kisahlah....bagi aura cket.....then,majlis diteruskan dengan solat isyak.....walaupun suasana agak panas,tapi kami dah tak kisah...Selesai solat isyak,Mat,selaku Program Manager kali ini,memberi sedikit pengisisan....katanya,mati adalah perkara yang paling rapat dengan kita...perlu untuk kita untuk mengingati mati......dalam blog Mat,ada sebuah sajak mengenai mati.....Mat,kitorang curi sekejap ye.....
BismillahiRrahmaniRrahim
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...
Mati.
Apakah itu mati?
Bagaimanakah rasanya mati?
Apakah akan terjadi selepas mati?
Bilakah kita akan mati?
Apakah yang menyebabkan seseorang mati?
Kenapakah ada orang yang selalu menyebut perihal mati?
Kenapakah kebanyakan manusia takutkan mati?
Bersediakah kita untuk mati?
Mati itu adalah terpisahnya ruh/nyawa daripada badan. Apa itu nyawa? Nyawa adalah anugerah Allah yang mana Allah jadikan dengannya manusia hidup.
Mati adalah sesuatu perkara yang amat pedih dan begitu sakit sekali. Tidak ada di dunia ini yang boleh menceritakan tentang sakitnya mati. Kalau ada,orang itu bohong. Rasulullah yang merupakan kekasih Allah berpeluh ketika menghadapi saat kematiannya. Gambaran yang benar, mati adalah seperti terkena 1000 tusukan pedang.
Mati adalah penghujung hidup manusia di dunia.
Kelak,manusia akan dibangkitkan untuk hidup yang seterusnya di sana.
Di mana?
Di akhirat.
Tempat yang hanya ada 2 keadaan.
Gembira dan sedih.
Tempat di mana ada 2 golongan.
Golongan ahli syurga dan neraka.
Untuk siapa syurga dan untuk siapa neraka?
Syurga untuk makhluk yang taat akan segala perintah dan larangan Allah.
Neraka untuk makhluk yang ingkar akan perintah Allah.
Mati akan tiba bila tepat pada waktunya.
Tidak tercepat walaupun sesaat.
Tidak terlambat walaupun sesaat.
Mati boleh terjadi bila-bila masa sahaja.
Jadi, kita sepatutnya sentiasa bersedia akan kehadirannya.
Tidak seharusnya kita berfikir seperti berikut:
Alah...esoklah aku berubah.
Nanti aku dah tua sikit aku bertaubatlah.
Aku buatlah amalan soleh.
Yakinkah kita bahawa kita akan hidup lagi esok?
Kalau kita yakin,bermakna kita telah syirik kerana menyamakan diri sendiri dengan Allah.
Hanya Allah akan tahu bila kita akan mati.
Yang pasti,mati itu adalah sesuatu yang hampir dengan kita.
Jangan tunggu sehingga nyawa kita telah sampai ke kerongkong.
Kerana pada saat itu,taubat kita tidak di terima lagi.
Mati disebabkan oleh Allah memerintahkan malaikat Izrail mencabut nyawa seseorang.
Bukan kerana sesuatu penyakit.
Bukan kerana kemalangan.
Tetapi kerana Allah nak cabut nyawanya.
Mati selalu disebut oleh orang yang hendak mati.
Orang yang ingat akan mati.
Orang yang rasa dirinya hampir dengan mati.
Orang yang rasa dirinya akan mati.
Orang yang merindui mati.
Mati tidak disebut oleh orang yang takut akannya.
Mati tidak disebut oleh orang yang tidak merasa bahawa dirinya akan mati.
Jadi,tidak hairanlah kalau seseorang itu selalu menyebut perkataan mati,mati dan mati.
Tidak hairan juga kalau ada dalam kalangan manusia yang dalam setiap tahun tidak menyebut perkataan mati walaupun sekali.
Mati ditakuti kerana diketahui apa yang berlaku selepasnya.
Kerana sayang untuk meninggalkan dunia,anak-pinak,harta dan segala isi dunia.
Kerana tiada persediaan menghadapinya.
Sepatutnya hanya Allah sahaja yang perlu ditakuti.
Kerana Allah itu azabnya tidak tergambar.
Mati akan tiba bila-bila masa sahaja.
Bersediakah kita untuk mati?
Tidak terjawab oleh satu mulut.
Bersediakah kita untuk mati dengan hari-hari dilalui dengan dosa-dosa?
Dengan tidak mengingati Allah?
Dengan tidak merindui Allah?
Dengan tidak berusaha mencapai taubat nasuha?
Dengan selalu ingkar(kafir) kepada perintah Allah.
Jadi,sama-samalah kita mengingati mati.
Cukuplah mati sebagai pengajaran.
Sebutlah perkataan mati supaya dengan itu kita mengingatinya seterusnya mengajak kita beribadah kepada Allah.
Bertakwalah kepada Allah!
Berbalik kepada majlis solat hajat,lastly,bila berakhirnya ucapan daripada Amir Perdana...maka berakhirlah majlis kali ini....
Alhamdulillah....syukur kepada Allah kerana mengizinkan kami untuk menjayakan majlis ini....kepada yang sudi hadir,pihak kami menyusun sepuluh jari atas kekurangan daripada pihak kami......terima kasih tak terhingga kepada semua yang hadir untuk manjayakan majlis ini...tanpa kehadiran anda semua pasti majlis ini tidak akan sempurna......semoga Allah memberkati pelajaran kita......
'Ya Allah,sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan,maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara,dan sekiranya kejayaan aku membuat aku jauh dari Islam dan perjuangan,maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untuk aku....kerana aku mengimani,tiada sesuatu yang Kau takdirkan sia-sia,melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya'......
Wslm
eh2...sedak2 dio jah ambik dulu baru royak...
BalasPadam