Apabila Saidina Abu Bakar diberitahu tentang seksa yang dialami oleh Bilal, Abu Bakar terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal dan kemudian meminta Bilal dibebaskan. Sebagai ganti Abu Bakar menyerahkan seorang hamba hitam yang lebih kuat sebagai tebusan. Sebaik saja ditebus, Saidina Abu Bakar pun membebaskan Bilal dari perhambaan.
MORAL & IKTIBAR
- Iman yang kental dan pegangan aqidah yang kukuh tidak dapat digugat sekalipun diseksa dengan pelbagai seksaan
- Kemanisan iman tidak ada tolong banding di dunia dan akhirat
- Allah tidak melihat kecantikan fizikal seseorang tetapi yang paling utama ialah kecantikan hati
- Allah mempertingkatkan tahap atau darjah keimanan seseorang, dengan mengenakan ujian dan cubaan.
- Selagi tidak diuji dengan kesusahan, tahap keimanan belum dapat dipastikan kebenarannya
- Bertambah kuat iman seseorang, bertambah hebat ujian yang Allah kenakan ke atasnya
- Ujian dan bala yang dikenakan ke atas seseorang bukan bererti Allah membencinya, sebaliknya ia adalah satu rahmat untuk meninggikan darjatnya di sisi Allah.
- Bala sebenarnya bukan 'bala' tetapi adalah satu nikmat yang patut disyukuri
Kekayaan dan kesenangan hidup belum tentu menjadi satu nikmat, bahkan ia satu cubaan/bala untuk menguji sama ada kita mensyukuri Allah atau sebaliknya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan