Followers

27 Ogos 2009

Istimewanya saat ramadhan

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.




Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Hindari Kegelisahan dan Stress

Ibnu Ar-Rumi berkata dalam syairnya:

Ketamakan mendekatkan orang
pada kenderaan menuju celaka
sesungguhnya tamak
adalah kenderaan orang yang celaka
selamat datang rezeki yang cukup
di setiap kerja keras berbuah hasil

Allah berfirman......
...Dan sesekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula)anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun;melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh.Mereka itulah yang peroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan;dan mereka sentiasa aman sentosa si tempat-tempat yang tinggi(di syurga)...(saba':37)

Dale Carnegie mengatakan."angka statistik myebutkan bahawa kegelisahan adalah pembunuh no 1 di Amerika.Selama beberapa tahum berlangsungnya Perang Dunia Ke-2 saja jumlah tentera kami yang mati lebih kurang 1/3 juta orang.dan saat itu juga penyakit jantung telah memakan korban seramai 2 juta penduduk.satu juta diantaranya,penyakit jantungnya disebabkan rasa gelisah dan stress".

penyakit hati adalah penyebab utama yang mendorong Dr.Alexis Carlyle mengatakan"para pekerja yang tidak tahu bagaimana utk menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat".

penyebabnya sangat masuk akal,dan permasalahannya ajal memang telah Allah tetapkan

.........sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.....(Ali-'Imran:145)

sangat sedikit sekali orang negro dan cina di Amerika yang diserang penyakit jantung.mereka adalah orang-orang yang menjalani hidup dengan cara mudah dan santai.sebaliknya,jumlah doktor yang mati kerana serangan jantumg adalah 20 kali lipat ganda dibandingkan para petani yang mati dengan penyakit yang sama.sebab para doktor itu menjalani kehidupan yang diliputi dengan kegelisahan dan kekhuatiran yang tinggi sehingga mereka harus membayar dengan harga yang sangat mahal.sangat ironis,doktor yang mengubati manusia,namun dia sendiri yang sakit....

21 Ogos 2009

Adab berpuasa dan solat terawih


Oleh NAZMI AIDARUS

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

lagi gambar

~pemandangan di tapak perkelahan~
~bos,langkah silat ke?
~modul-radio buruk,berkarat,punah~
~tak sabar nak mandi~
~nik-buat budget....fazli-master plan~

rehlah di ulu yam

~sesi modul dijalankan~

~dengar....jangan tidur dulu~
~abdullah dan pak chu-master plan modul~
~anugerah Allah~
~gerbang pintu~


Assalamualaikum.....

alhamdulillah kali ini kita masih diberi pinjam nyawa untuk terus beramal....semoga amalan kita menjadi bekalan diakhirat dan memberatkan timbangan nanti.....
dua minggu lepas Perdana telah menganjurkan satu aktiviti luar di Ulu Yam...walaupun banyak dugaan yang timbul...tp alhamdulillah cabaran yang kita dapat,akan menjadi sebuah kenangan yang paling manis.....walau sehebat mana perancangan kita pun...sesungguhnya kita akan kalah dengan The Best Planner iaitu Allah...


17 Ogos 2009

Ambillah hikmah dari setiap kejadian

Assalamualaikum semua...apa kabar????sihat belako????insyaAllah......tinggal beberapa hari lagi sebelum kita melangkah masuk dalam bulan yang dikatakan penuh dengan barakah.....tAk sabar rasanya.....

sedikit perkongsian dr kami....kali ini dipetik dr buku Laa Tahzan-titipan idea dr Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni...


Ambillah hikmah dari setiap kejadian....

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan.Sedangkan orang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda...

Ketika Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam diusir dr Mekah,baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunkannya menjadi sbuah negara yang sangan akrab di telinga dan mata sejarah(maksudnya negara Madinah sering disebut-sbutkan mengenai kehebatannya).

Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera,tetapi kerana itu pula ia kemudian menjadi imam salah sebuah mazhab.Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara,tetapi justeru di penjata itulah ia banyak melahirkan karya. As-Sarakhsi pernah dikurung didasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid.Ketika Ibnul-Atsir dipecat dr jawatannya,ia behasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan Al-Nihayah,salah satu buku paling terkenal dalam hadis.Demikian halnya dengan Ibnul-Jauzi:beliau pernah diasingkan dr Baghdad, dan kerana itu beliau menguasai qira'ah sab'ah.Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan,namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman 'Abbasiyah.Lalu ketika semua anak Abi Dzuaib Al Hudzali mati meninggalkan seorang diri,ia justeru mampu menciptakan nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya,membuat setiap pendengarnya tersihir,memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali...

begitulah...ketika ditimpa musibah,kita harusnya melihat dr sudut yang paling terang drnya,ketika seseorang memneri anda segelas air limau,anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya...ketika anda mendapat hadiah seekor ular dr seseorang,ambil sajalah kulitnya yang mahal dan tinggalkan tubuhnya yang lain...ketika disengat kala jengking,ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pd tubuh anda dr bahaya bisa ular....

kendalikan diri anda dalam berbagai kesulitan yang anda hadapi!dengan begitu,anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kpd kali dan....






.............boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu...(Al-Baqarah:216)





sebelum terjadi revolusi besar di oerancis,konon negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenalnya..salah seorang dr keduanya sangat optimis dan seorang lg sgt pesimis bahawa revolusi dan perubahan akan terjadi dengan segera..setiap hari keduanya sama-sama menjengukkan kepala melalui sela-sela gegeraji penjara...hanya saja,sang sasterawan yg optimis selau memandang ke atas dan melihat bintang-bintang yang gemerlap di langit...dan kerana itu ia selalu tersenyum cerah...adapun sasterawan yang pesimis,ia selalu melihat ke bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara,dan kemudian menangis sedih....

begitulah,sebaliknya anda selalu melihat dr sudut lain dr kesedihan itu...sebab,belum tentu semuanya menyedihkan,pasti ada kebaikan,secerah harapan,jalahn keluar dan pahala.......


So,pandanglah sesuatu dengan hikmah...bukan dengan penuh emosi.....bg sesiapa yang dapat rendah markah waktu midsem nh...janganlah bersedih....apa yang perlu buat cuma tingkatkan usaha kita....mungin kalau dapat tinggi pun..mungkin kita akan rasa...'aku dah cukup hebat..tak payah la study lg'....itu dah tempah nahas la....apapun...yang dapat tinggi tu....jgn berhenti...teruskan langkah...bg yang dpt rendah juga jgn terus berhenti melangkah..tp langkahlah semaju mungkin.......insyaAllah......

wslm....

14 Ogos 2009

Merenunglah dan bersyukurlahT

Assalamualaikum w.b.t...
apa kabar semua.....harap2x sihat la....pihak kami memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdatekan blog ini atas sebab-sebab yg tk leh dielakkan......macammana dengan result exam???harapnya semua dapat tinggi-tinggi berbaloi dengan usaha kita....tapi,kalau tak...jangan risau...mungkin kali ni bukan rezeki kita...tapi ingat!! yakin dengan janji Allah...

disini,ada sumthing yg ingin kami kongsikan bersama.....

setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita..kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki,kesihatan badan,keamanan negara,hutan belantara,udara dan air,serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat allah yang telah diberikan kepada anda...



..........sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya....(Ibrahim:34)

demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita..dunia ini,beserta apa yang ada didalamnya telah diciptakan Allah untuk kita,tetapi kita tidak pernah menyedarinya:kita menguasai kehidupan tetapi tidak mengetahuinya....

...............Dia telah memberikan nikmat2xNya secara sempurna kepada kalian,baik yang zahir mahupun yang batin....(Luqman:20)


kita telah diberi sepasang mata,satu lidah,dua bibir,dua tangan dan dua kaki.

.......Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(ArRahmah:31)

Apakah anda mengira bahawa,berjalan dengan kedua kaki itu merupakan perkara yang biasa,padahal masih banyak lagi manusia lain yang tidak mempunyai kaki?Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah,padahal masih banyak manusia yang kehilangan kedua betisnya?Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata,sedangkan masih ramai manusia lain yang tiak dapat tidur kerana sakit yang menggangunya???pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin,sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

RENUNGKANLAH!!!!!!!!!!betapa besarnya fungsi pendengaran,di mana Allah menjauhkan kita dari ketulian...penglihatan kita terhindar dari kebutaan...dan ingatlah kulit kita yang cantik yang terhindar dr penyakit gatal dan kudis..perhatikan juga fungsi otak kita!Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dr kegilaan yang menghinakan..apakah kita ingin menggantikan dengan emas sebesar gunung Uhud??Inginkah kita menjual pendengaran kita dengan harga perak satu bukit???apakah kita mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kita,namun kita bisu??apakah kita mahu tukar kedua tangan kita dengan butiran permata dan berlian...tp hakikatnya kita kudung.....

kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dr kesempurnaan tubuh badan,tetapi sayangnya kita tidak menyedarinya...bahkan kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan..padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap dan air yang segar untuk diteguk,dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan yang stabil...

kita selalu memikirkan sesuatu yang telah hilang sehingga kita kupa mensyukuri apa yang kita ada di hadapan kita...kita merasa sedih kerana kekurangan material,padahal kita masih mempunyai kunci kebahagian,memiliki setumpuk kebaikan,kenikmatan,dan masih banyak yang lainnya..oleh itu...RENUNGKANLAH DAN BERSYUKURLAH!!!!






....p
ada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.apakah kalian tidak memperhatikannya?(Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri kita,keluarga.tempat tinggal,pelajaran,kesihatan,sahabat dan dunia sekeliling kita......dan janganlah termasuk dalam golongan:

mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dr Allah,tetapi tidak mengingkarinya....(An-Nahl:83)......


(petikan dr buku Laa Tahzan)


RENUNGIlah!!!!

wslm...

01 Ogos 2009

DOA SI-SEPET YANG MAKBUL


Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR
  • Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
  • Kehendak Allah mengatasi segala.
  • Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
  • Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
  • Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.
  • Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.

BERKAT KEJUJURAN

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

Ramadhan bakal menjelang......

Assalamualaikum w.b.t...
apa kabar semua.....harapnya sihat...sekarang nh musim penularan penyakit H1n1...harapnya semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penyakit tu....
tinggal beberapa minggu lagi sebelum kita masuk bulan yang penuh dengan berkat........
Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun 1998 sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?

Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.

Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.

Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1418 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1419. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.